Saturday, October 15, 2011

diserang lawan...

Gua duduk pada sebuah bangku yang masih kosong. Selepas membuat pilihan yang lebih susah dari memakai selipar, gua perlu menikmati pilihan tersebut. Sangka gua, gua dapat menikmatinya dengan tenang setelah gua susun pilihan itu dalam satu bekas kecil. Nyata sangkaan gua meleset. Selang beberapa saat setelah gua duduk, gua mula terasa ada ancaman yang mendatang. Melalui ilmu firasat yang ada pada gua, gua tahu ancaman yang datang bukan sedikit, namun tidak pula besar.

Meski ancaman kian mendekat, gua masih lagi berdiam dibangku yang sama. Menanti penuh debar, gua pejamkan mata sambil fikiran gua menumpu pada ancaman yang mendatang. Gua sebenarnya sedang berhemat akan bentuk ancaman yang bakal gua terima. Angin yang menderu mnguatkan lagi andaian gua bahawa ancaman yang datang bukan kali pertama menguji gua. Gua pernah hadapi sebelum2 ini. Tapi mungkin kali ini mereka datang dengan cara yang berbeza.

"Dari hujung pergi ke hujung, menunggu hajat tidak berkunjung... Mari ke mari sila berkunjung, aku menanti limpah tersanjung..." dengan mata terpejam, mantera yang sudah gua hadam sejak sekian lama gua baca perlahan.

Deruan angin semakin mendekat. Jurus angin yang mampir mengkhabarkan kepada gua arah serangan. Pantas gua elak dengan liuk badan tanpa berkalih duduk. Serangan yang menuju ke kepala gua tersasar ke tepi. Tidak semena2 dari arah depan gua terdengar lagi sambaran angin. Lebih kuat kali ini. Masih lagi dengan mata terpejam, gua berkalih ke bangku sebelah kiri dan membiarkan penyerang gua terlajak menuju entah ke mana.

Mata gua buka perlahan. Kini gua dapat perhatikan penyerang gua bukan sedikit. Bersungguh benar mereka mahu berbuat onar kepada gua, mungkin mahu memberi penyakit kepada gua. Kali ini gua lebih bersedia. Gua bangun, kuda2 sudah gua tegapkan. Mungkin hari ini pertumpahan darah akan berlaku. Namun menyerah diri tiada dalam kamus hidup gua, tiada juga dalam kitab perguruan yang gua anuti. Biar bertumpah darah, biar bersabung nyawa, lawan tetap lawan.

Serentak gua menyusun langkah, serangan ditujukan kepada gua dari pelbagai arah. Mereka melancarkan jurus serangan tanpa belas pada gua. Sukar untuk mengelak semuanya, gua membuat satu balik kuang diudara dan mendarat beberapa kaki dari kedudukan mereka. Langkah gua itu membuatkan bekas kecil gua berhampiran bangku terdedah pada bahaya. Dan musuh gua yang ramai itu segera menyasar pada bekas tersebut.

Semakin mereka merapat, gua memulakan serangan dari tempat gua berdiri. Gua meluncur laju membelah udara, melancarkan jurus angin bergulung kepada mereka. Tangan gua gerakkan ke kanan dan ke kiri, membuatkan lawan berhamburan di udara. Sambaran angin gulung yang gua lancarkan benar2 menghumban mereka jauh dari bekas kecil gua. Meski jelas gua bukan lawan mereka, mereka masih mahu merampas bekas kecil gua, dan gua sebagai pendekar perlu mempertahankannya sehabis daya. Tiada cara lain, gua tingkatkan kuasa dalaman gua ke paras 6 g-force. Tangan kanan gua alunkan lembut berselang-seli dari bekas kecil ke mulut, sambil tangan kiri terus dihayun menghasilkan jurus angin bergulung bagi menjauhkan musuh dari kawasan gua.



***************************************


Begitulah kisah gua bertempur dengan lalat sewaktu makan tengahari tadi...
LU MEMANG BRADER SEBAB BACA BLOG GUA

No comments:

Post a Comment