Sunday, October 3, 2010

antara baik dan buruk...

membesar di asrama selama 5 tahun membolehkan aku bergaul dengan pelbagai jenis kawan2... malah berada di asrama membolehkan aku berdikari dan mengenali mana kawan yang bagus dan mana pula yang kurang bagus...

seperti mana2 sekolah, setiap pelajar mesti mempunyai group masing2... ada group yang cemerlang, ada group yang merosot, ada group yang menjadi kesayangan cikgu dan ada pula group yang sentiasa menjadi sasaran kemarahan guru...

sudah adat, bila berada di asrama, pelbagai masalah disiplin yang timbul... tambah pula apabila semakin mendewasa, berada dalam tingkatan 5 adalah lesen untuk melakukan semuanya... lompat pagar, isap rokok, pukul budak dan sebagainya... dan apabila ditangkap, maka heboh riuhlah satu sekolah... ada yang di gantung sekolah, ada yang dirotan depan pelajar lain dan ada juga yang dibuang sekolah...

perbuatan2 nakal sebegini adalah lumrah, apa lagi bagi seorang remaja yang terkurung dalam kekangan peraturan sekolah... bukan aku kata bahawa peraturan itu tidak bagus, tapi sebagus mana pun peraturan itu, ada saja yang mahu melanggarnya, terutama bagi jiwa2 yang memberontak mahu bebas...

aku sendiri, sedar atau tidak boleh dikatakan tiap2 hari melompat pagar untuk ke kedai di belakang sekolah... di belakang sekolah kami merupakan hamparan laut cina selatan, dan di pantainya terdapat beberapa kedai yang menjual keropok, pisang, sukun dan juga sotong goreng... ada juga mee dan nasi lemak... ada satu kedai yang sentiasa menjadi sasaran aku, dan kedai tersebut masih kekal hingga ke hari ini... setiap kali selepas bermain bola, aku akan ke situ, bukan saja untuk aku, tapi juga aku berkhidmat untuk kawan2...:-) kadang2 bila aku ke situ tak kurang dari rm15 yang aku bawak, semuanya pesanan dari kawan2... dan kalau aku batalkan niat untuk pergi pada hari tu, maka akan ada yang merayu2menyuruh aku pergi... sembahyang maghrib aku hanya di dorm, jarang sekali aku berjemaah di surau...

entah kerana nasib baik atau apa, aku tak pernah ditangkap kerana itu walaupun pernah sekali hampir terserempak dengan warden semasa melompat balik ke asrama... tapi walau tak pernah ditangkap, ada seorang warden yang sentiasa aku akan ingat kerana sudah menjadi kepantangan bagi aku untuk bertembung dengan dia... setiap kali bertembung, pasti ada salah pada diri aku... lengan baju terlipat, nametag senget, neck tie tak ketat dan sebagainya... dan setiap kali terserempak jugalah aku merasa layangan tapak tangannya yang besar ke pipi aku sekurang2nya sedas... maklum saja, orangnya pun sudah sebesar bob ku2... hingga hari ini aku masih ingat pada warden ini dan betapa pedihnya setiap layangan tangan dia, walaupun dia sudah arwah... bukan dendam, tapi sampai sekarang aku tertanya2 apa yang menyebabkan dia seakan2 anti dengan aku... aku tahu, sampai mati pun aku takkan dapat jawapannya...

bila fikir2 balik, aku bersyukur sebab semasa sekolah dulu aku ada berbuat menda2 yang nakal... kerana kalau difikir2kan, menda2 nakal yang kita buat dulu memberi nilai kenangan yang lebih besar berbanding benda2 skema... cuba bayangkan, bertemu sesama kawan2 selepas 10-15 tahun... "kau ingat tak dulu, kita jaga pagar, lepas tu tangkap orang datang lewat, huu, best gila..." alahai ceritanya, langsung tak releven masa muda remaja... cuba pula, "eh, ko ingat tak dulu, kita berlari belakang kantin, sbb kena kejar dengan cikgu... ko laa ajak aku isap rokok..." sangat releven dan munasabah kan cerita tu kan...

apa2 pun yang berlaku semasa sekolah dulu, aku bersyukur sebab ia membentuk diri aku seperti sekarang... dan aku bangga aku bersekolah di situ, walau apapun yang berlaku pada aku sepanjang berada di situ...:-)

2 comments:

  1. Hmm.. nk aku tmbh ke?
    Nk aku citer lebih lanjut ke?

    Takpe la... lenkali tuan nye blog akan sambung lg citer ni.. kan?

    Menariksss!!!

    ReplyDelete
  2. sambung part yang mana tuu...
    dia ada banyak bahagian...
    haha...

    ReplyDelete