Thursday, October 21, 2010

islamic...??

mulanya aku kurang berminat untuk memasukkan entry ini ke dalam blog aku yang semakin membesar ini... bukan kerana aku tidak menyayangi Islam, jauh sekali aku sudah berpaling tadah... tapi kerana aku ini bukan orang yang arif mengenai agama... jika mufti perak juga sudah kurang kelayakannya untuk bercakap mengenai agama, apatah lagi aku yang tak pernah pandai berbahasa arab...

tapi bila difikirkan balik, sebenarnya adalah amat patut aku menegur dengan cara aku... untuk mereka yang kurang@malas membaca, gambar ini diambil di sebuah pertujunkan fesyen yang dinamakan Islamic Fashion Festival... indah sungguh namanya, Islam pun sudah berfesyen2...

aku tidak tahu siapa yang mula menimbulkan isu ini, tapi mengatakan isu ini timbul kerana sebab politik adalah satu saranan yang maha biul, malah ianya biul lagi membiulkan... secara jelas ini adalah isu agama... sebab yang paling jelas adalah kerana program ini menggunakan agama sebagai tajuk besarnya... maka tidak boleh tidak, ini adalah merupakan isu agama... hanya mereka yang baghal sahaja yang akan mengatakan isu ini dibangkit atas sebab politik...

tak perlulah mengkaji panjang lebar kenapa hal ini terjadi... jangan pula menubuhkan suruhanjaya untuk mengkaji isu ini... salah satu sebabnya adalah kurangnya sensitiviti kita kepada soal berkaitan agama... sikap malas untuk melihat apa pengisian sesebuah program juga menjadi salah satu punca... sementelah lagi ia adalah program yang gah, maka kita menerimanya sahaja sebagai jalan pintas menuju puncak... kita lupa bahawa pelajar af yang saban minggu menyanyikan lagu menuju puncak juga tidak pernah sampai ke puncak... dan janganlah hendaknya lemak yang banyak mengurangkan rasa sensitif kita terhadap isu2 seperti ini...

kalau difikirkan, hal ini juga ada kebaikannya... kini, kita tidak perlu lagi ke denmark untuk melihat Islam dihina... malah yang lebih membanggakan kita, umat Islam sendiri sudah begitu arif dalam hal mempersendakan agama... jika hal ini berterusan, maka kita bertuah kerana ada kemungkinan kita akan di telan bumi, tanpa perlu menggali kubur...

No comments:

Post a Comment