Thursday, October 7, 2010

peribahasa...


carik2 bulu ayam, lama2 bercantum juga...
(apa akan jadi kalau bulu tak sempat bercantum, ayam yang kena sembelih dulu...)

kera di hutan disusukan, anak dirumah mati tak makan...
(susukan saja anak dirumah, takut nanti dibaham harimau di hutan, jumpa anak pun tak sempat...)

pukul anak sindir menantu...
(pukul saja pada menantu, kerana pasti anak juga akan terasa...tapi haruslah ada timbang rasa...)

sikit2 lama2 jadi bukit...
(bimbang juga andai sikit2 lama2 habis...)

sehari selembar benang, lama2 menjadi kain...
(sekarang ini sehari selembar benang, lama2 jadi bogel... pakaian org kita semakin kekurangan kain...)

bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat...
(sekarang lebih mudah untuk membulatkan manusia, rasuah saja jawapannya...)

berat sama dipikul, ringan sama dijinjing...
(sekarang ini banyak yang berat sama diperhatikan, ringan sama di tengokkan...)

melentur buluh biarlah dari rebung...
(sekarang ini ramai yang sudah mengeras sejak rebung lagi, payah dilentur...)

duduk sama rendah, berdiri sama tinggi...
(semasa duduk kita sama2 berusaha, bila dah mampu berdiri jangan lupa saling menjatuhkan antara satu sama lain...)

tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas...
(sekarang ini belum lapuk dek hujan, belum lekang dek panas pun bangunan dah boleh runtuh...)

bagai aur dengan tebing...
(mmg setia aur dengan tebing, tapi ada saja aliran air yang mahu menghapuskan kedua2nya...)

kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai...
(apakan daya, hanya pantai saja yang dia ada untuk buat rumah...)

hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah...
(sekarang ini hati 'gajah' kena jaga betul2 kerana banyak memberi keuntungan, hati kuman pulak diinjak2 dan tak perlu ambil tahu pon takpe...)

masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak...
(kerana itu laa kita selalu mengikut telunjuk orang, kerana kita selalu mengikut apa yang org lain buat...)

kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya...
(sagu terlalu senang diperolehi sekarang ini, jadi ramai antara kita lupa bagaimana sukarnya untuk memecahkan ruyung...)

bagai ikan pulang ke lubuk...
(malang bagi si ikan kerana bila pulang, lubuknya tidak lagi seperti dulu... sudah banyak perubahan akibat tangan2 durjana...)

No comments:

Post a Comment