Sunday, October 17, 2010

terima kasih...

tidak seperti tahun2 sebelum ini, hari lahir kali ini agak istimewa... walaupun meraikannya sendiri, dengan kek yang berupa maggi goreng, tahun ini terasa jelas ada kelainannya... aku tidak mahu mengatakan ia istimewa, tapi cukuplah aku katakan ianya berlainan...

tahun ini aku rasa aku agak selebriti... mungkin aku berjaya mengalahkan wan maimunah... farid kamil...??? maaf, dia lebih selebriti, malah mungkin dia berjaya mengatasi mawi sekarang ini... apa yang membuatkan aku rasa seperti selebriti adalah kerana ucapan yang bertalu2 datang... walaupun mungkin kurang bertalu2 berbanding smash lin dan pada chong wei, tapi ia tetap sesuatu yang istimewa... mungkin aku perlu berterima kasih pada fb kerana mengingatkan kawan2 aku mengenai hari lahir aku...

ok, penat dah mengarut dan tak reti dah nak mengarut... yang sebenarnya entry ini aku cipta khas untuk ucapan terima kasih... bukan pada fb, tapi pada semua kawan2 yang menyampaikan ucapan sepanjang hari semalam dan juga hari ini samada melalui telefon atau juga fb... ucapan anda, walaupun terpaksa diingatkan oleh fb, sangat bermakna untuk saya... dan untuk semua ucapan yang kamu semua lafazkan, ia mengandungi pelbagai doa yang baik2... itu lah ajaibnya hari lahir, semua ucapannya baik2 blaka... kepada mereka2 yang tidak mengucapkan sebarang kata, kamu sangat rugi, bukan seperti anjing dengan bayang2, tapi seperti penduduk setinggan yang dirampas tanah dan rumahnya oleh kerajaan... kamu terpaksa menunggu setahun lagi untuk membuat ucapan yang sama... harapannya semoga saya panjang umur untuk menerima ucapan kamu itu, dan kamu juga akan panjang umur untuk mengucapkannya pada saya...

terima kasih juga pada dia yang dah bagi hadiah sejak minggu lepas... itulah satu2nya hadiah yang daya dapat, dan ia sangat bermakna...:-)

sekali lagi, terima kasih semua...:-)

No comments:

Post a Comment