Wednesday, October 20, 2010

hobi...

antara perkara yang aku suka lakukan adalah duduk dan memerhatikan org... aku sendiri tidak tahu apakah itu 1 hobi... yang aku pasti ia bukanlah sejenis lagi 1 malaysia... antara tempat yang sangat menarik untuk melihat ramai org adalah di shopping kompleks... pasti pelabagai jenis manusia dari yang kecil hingga yang besar, dari yang gemuk hingga ke kerempeng boleh dilihat...

jika aku mengatakan ini adalah hobi aku, pasti ada yang kata hobi aku pelik... untuk pengetahuan kamu yang berfikiran begitu, lebih baik kamu merubah fikiran kamu itu agar kamu tidak malu di kemudian hari... jika kamu enggan dan tetap dengan pendirian kamu terserahlah, kerana yang malu bukan aku...

ingin aku tegaskan, tinggal di atas bumi malaysia yang gilakan bangunan tinggi ini, kamu memerlukan hobi yang aneh... sekiranya boleh, biarkan ia tersangat aneh sehingga memungkinkan kamu untuk berada di muka depan suratkhabar yang selalunya diberi percuma... antara hobi aneh yang sentiasa menjadi buruan suratkhabar seperti ini antaranya ialah membuat logo terbesar, membuat bendera terbesar, membuat roti john terpanjang dan sebagainya... paling baru, ada yang hobinya memandu kereta secara mengundur dan telah memandu secara mengundur dari johor hingga ke pulau pinang walaupun ia menyusahkan pengguna jalanraya yang lain... nah, benar bukan... kalau negara malaysia ini mempunyai hobi pelik menggemari bangunan tinggi, maka rakyat juga wajib memiliki hobi yang aneh... usahakan juga agar hobi2 ini mempunyai perkataan 'ter'... sekiranya kamu tidak memiliki hobi pelik, kamu layak dilucutkan kerakyatan kerana ramai lagi org2 negara lain yang mahu menjadi rakyat negara ini terutamanya di sabah...

untuk kamu2 yang masih memikirkan hobi aku sebagai pelik, kamu belum terlambat untuk mengubah fikiran kamu... jika pun kamu adalah org yang bermuka tebal, kasihanilah anak isteri dan juga suku sakat kamu yang akan mendapat malu besar dengan tindakan kamu itu...

sebagai rasionalnya, banyak yang aku boleh pelajari daripada melihat kepelbagaian org... pelbagai kerenah yang aku dapat lihat... kadang2 juga aku meletakkan dialog pada percakapan mereka berdasarkan kepada pergerakan mereka... pelbagai mimik muka juga boleh aku lihat... ada yang malas, ada yang marah, ada yang gembira, ada yang benci dan tidak kurang pula ada yang tak tahu pun apa tujuan mereka berada di situ... mungkin sememangnya mereka tidak mempunyai tujuan berada di situ... tapi dek kerana banyaknya bangunan dalam negara malaysia ini, mungkin mereka mahu melawat sekurang2nya 50% bangunan sebelum mereka menutup mata... dan aku sendiri tidaklah mengetahui semasa memerhatikan org ini, entah berapa pasang mata pula yang sedang memerhatikan aku...

hobi yang baik akan membawa kebaikan... bagaimana ia dilakukan, di mana kamu melakukannya terserah kepada diri kamu sendiri... kalau dia itu tidak malu memandu kereta secara mengundur berjela-jela jauhnya, kenapa pula kamu perlu malu... tapi satu perkara harus diingat, apabila melaksanakan hobi kamu, janganlah hendaknya ternampak di tahap mana paras akal kamu berada... sekiranya kamu memperlihatkan akal kamu di tahap paling bawah, maka kamu adalah bencana yang paling besar yang pernah ditimpakan ke atas kedua ibubapa kamu...:-)

No comments:

Post a Comment