Saturday, September 17, 2011

buat keputusan dan nekad...

ada orang kata buat keputusan bukanlah tentang betul atau salahnya keputusan tu... tapi apabila kita berbuat keputusan, kita sebenarnya memilih apa yang kita mahu lakukan dan seterusnya kita berdepan dengan kesan2 yang berlaku hasil dari keputusan yang dah kita buat...

bila difikir2 mmg ada betulnya... kita sebenarnya tak pernah tahu apa yang kita buat itu betul atau salah... yang kita tahu ada kita memilih apa yang kita fikirkan terbaik... apa yang terbaik itu sebenarnya boleh menimbulkan kesan yang berbeza... mungkin ia mengikut apa yang kita mahu, dan mungkin juga yang sebaliknya... jadi apa pun kesan yang timbul, kita kena hadapi sebab itu yang dah kita pilih...

dalam hidup aku, aku sebenarnya agak takut bila tiba pada bab2 membuat keputusan... susah sebenarnya nak buat keputusan, sebab kita tak tahu pun apa yang akan jadi... tapi kalau kita tak buat keputusan sekalipun, kita juga takkan tahu apa yang akan jadi, tambah lagi kita akan tetap berada pada tahap di mana kita berada... tapi pernah 2-3 kali dalam hidup aku yang aku pernah buat keputusan yang nekad... bukan mudah, dan kita kena bersedia untuk semua menda...

dan aku rasa, sekarang aku akan buat satu lagi keputusan yang nekad... tak tahu apa yang akan berlaku, yang boleh dilakukan hanyalah berusaha dan berharap yang terbaik... semoga keputusan nekad kali ini membawa perubahan yang besar, kerana aku tak mahu terus berada dalam kedudukan sekarang...

berusaha dan berharap, semoga berjaya...:-)
TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

2 comments:

  1. In an argument, u don't know which side is right and which side is left.

    There's no wrong, only a matter of different opinions.

    So, whichever.. just choose a side. At least u're not on the fence.

    Choice is yours, choose is wisely.

    ReplyDelete
  2. yeahh...
    shouldn't be on the fence...
    u'll attacked by both side...:-)

    ReplyDelete