Tuesday, May 10, 2011

awang rambut merah...

aku duduk mengadap komputer macam biasa... customer keluar masuk, tak ramai mana pun... sambil baca blog orang, aku tinjau2 jugak apa yang customer duk bukak... macam biasala, kebanyakannya bukak fb, sesetengahnya bukak youtube...

kat luar cuaca panas membahang... silau pandangan mata... sesekali kalau ada yang melintas jalan, mata menyepet... mungkin mengurangkan keracunan mata akibat cahaya... peniaga pisang goreng dihujung jalan mengipas2 badan dengan suratkhabar... dalam kedai, panasnya turut terasa... walaupun ekon pada tahap paling sejuk, tak mampu nak lawan kepanasan dari luar... tapi kerja kena terus...

"bang, pc no 1 bang..." entah bila mamat ni masuk... mintak nak guna 1 pc...

mcm biasa aku setuju je... sambil2 tu aku perati mamat tu atas bawah... muka mmg agak2 ganas laa... kalau kata kongsi gelap pun aku percaya... kalau kata pekida, tak pasti laa... yang paling penting, rambut kaler merah... nak kata omputih, mmg aku pasti dia melayu...

"biasalaa, zaman skrg..." kata aku, cuma dalam hati... sekali skala aku jeling mamat tu...

2.7584 minit lepas tu, ada 2-3 org lagi yang masuk... duduk melepak kat pc mamat tu... aku agak member2 laa tuu... semua duk pakat tgk pc yang satu tu... diorang duk pakat bukak youtube... aku bajet takde lain ni, msti tgk aksi rempit... takpun layan scene gaduh2... muka ganas, rambut merah, mstilaa tgk yang ganas2 kan...

tiba2 aku rasa sebak... terkejut pun ada... dari pc budak tu, berkumandang nyaring lagu mahligaimu dari airmata ku dendangan kumpulan lestari... dan tak lama lepas tu, airmata aku hampir menitik... dari pc yang sama keluar lagu pure dangdut dari indon...

hampeh gila...:-)

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

4 comments:


  1. Awang datang dari kampung
    Dari kampung dia datang
    Mendapat kerja kilang
    Pergi pagi pulang petang
    Tak kisah biasa... (2x)

    Awang berambut panjang
    Panjangnya rambut Awang
    Anting-anting di telinga kiri
    Tatu sauh di tangan kanan
    Tak kisah biasalah... (2x)

    Awang suka sendiri
    Makwe boleh cintan takdak
    Tiba malam mesti ke padang
    Tengok orang lalu lalang

    Kepala sakit tengok wayang
    Lebih baik layan thrash
    Untung-untung boleh hilang
    Bayang datuk sawah ladang

    Dunia cerita ada senang
    Falsafah hidup dan pegangan
    Semua sudah ada dalam
    Lagu Sodom, Metallica

    Alamat di suburban haram
    Sebumbung mat Indon Padang
    Hidup sentiasa tak tenang
    Selisih terjumpa jembalang kota

    Kepala terhantuk tiang
    Baru teringat pesan
    Limah yang anak satu
    Agar pulang cukup bulan
    Tak kisah biasa... (2x)

    Awang suka sendiri
    Makwe boleh cintan takdak
    Tiba malam mesti ke padang
    Tengok orang lalu lalang

    ReplyDelete
  2. kalau dia dengar lagu wings pun tahan lagi...:-)

    ReplyDelete
  3. Tapi... aku pun layan dangdut jgk.

    Waka waka eh eh..

    ReplyDelete
  4. tak salah dengar...
    tapi muka jgnlaa ganas2...
    rambut pun tak pyh laa merah2 kalau layan dangdut...
    hehe...

    ReplyDelete