Saturday, May 14, 2011

gerbang dan surau...

pukul 7, aku dah siap2 nak balik... barang yang perlu aku masukkan dalam beg... customer terakhir keluar pukul 7.05... lepas kunci pintu, aku bergegas ke kereta... masuk kereta hidupkan enjin dan terus bergerak...

sampai di traffic lite, lampu sedang elok tengah merah... selalu sangat mcm ni, kalau time aku je, lampu mesti merah... aku syak traffic lite tu mesti ada dendam kesumat dengan aku...

aku pandang keliling... banyak juga kereta... maklum laa, org baru balik keje... lagi satu kereta kat malaysia ni murah sangat, tu yang semua mampu beli tu... harap2 kerajaan boleh naikkan lagi harga kereta, sebagaimana mereka dengan selamba je naikkan harga minyak dengan gula...

kerajaan ni pun 1 juga... naikkan laa harga barang mewah... yang pegi naikkan harga barang keperluan tu kenapa... kesian laa kat org2 miskin... sudah laa dia tak sediakan kerja yang bagus untuk warga... sudahlah warga tiada paras gaji minimum... senang2 saja dia cekik darah org ramai...

janganla bangsat sangat cakap nak tarik subsidi sbb kita nak jadi negara berpendapatan tinggi... org ramai taknak jadi negara berpendapatan tinggi... takde gunanya jadi macam tu kalau warga hidup sudah, nak makan pun payah... yang org nak ialah hidup lebih mudah, tidak sempit dan ada ruang untuk bernafas... takkan itu pun nak kena ajar... jadi menteri bukannya lesen untuk jadi bodoh...

ok, balik pada hal aku dalam kereta... tombol radia aku sentuh... volume aku bagi naik sikit... biar merasa sikit dia punya muzik... apa lagi dengar best 104 time2 maghrib ni... baru sekejap tadi aku dengar azan kat radio tu... sekarang time2 lagu ukhrawi pulak... mendayu2 aku dengar... ini kalau org2 banyak dosa yang dengar, mesti mau meleleh airmata...

"awal juga azan sekarang..." aku bercakap sorang2... kenderaan masih lagi bertli arus... masing2 dengan hal masing2... ada yang laju, ada yang siput...

kat sebelah kanan, gerbang karnival 1malaysia aritu masih ada... ntah apahal belum cabut2 lagi gerbang tu... sudahlaa gambar2 ngeri banyak kat situ... ada muka adun, ada muka ahli parlimen... gambar dacing pun merata... karnival abis dah nak masuk minggu ke 3, tapi tak bukak2 lagi gerbangnya...

aku syak mesti penganjur tak bayar... aku syak duit pasang aritu pun belum lunas, tu yang dorg malas2 nak buat kerja tuu... pekan yang huduh, bertambah huduh dengan gerbang macam tuu... aku tunggu je, nak tgk sampai bila... tapi aku syak mmg sampai reput laa ada kat situ...

lampu hijau, aku buat u turn tuju hala ke rumah aku... sebelum sampai rumah, aku singgah kat 1 mesin... beli air reverse osmosis... ramai betul org meniaga air ni skrg... apa lagi dengan air paip yang kadang2 kuning, kadang2 putih tuu... johor, harga air paling mahal dalam malaysia ni, tapi bagi air cap ayam je... aku ingat meniaga air reverse osmosis ni mmg masyukk laa...

lepas beli aku teruskan perjalanan... errr, perkeretaan sebenarnya... sebelum sampai rumah, aku lalu depan surau taman... aku jenguk jam kat dashboard kereta, pukul 7.25 dah... tapi surau masih gelap... ada 2-3 orang duk menunggu kat luar sambil sembang2...

"boleh tahan barai juga org2 tua taman ni..." aku berkata dalam hati... punya laa lambat daang smayang... azan maghrib tadi lagi dah...

aku balik, mandi, semayang maghrib sorang2 dalam bilik sendiri...

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

No comments:

Post a Comment