Friday, April 8, 2011

kisah lampau 92' - gambaran tahun 2000...

kelas pendidikan seni bukan sesuatu yang aku minat... jiwa aku bukan jiwa seni, walaupun kadang2 melalak2 menyanyi... kalau bab melukis pulak, tangan aku keras lebih dari kayu... kayu pun kadang2 boleh ukir jadi cantik... cuba ukir tangan aku, nama tak kena siku kepala sampai berdarah... sebab tu bila tiba tang kelas seni, aku follow je apa yang patut... nak buat lebih2 tak berani... lukis rumah nampak macam bot, lukis bot pulak nampak macam haramm jee...

ada satu masa tu, cikgu suruh lukis pasal masa depan... gambaran pada tahun 2000, macam tu laa lebih kurang tajuknya... aku bab melukis mmg tak terrer, tahap amri yahya main bola je, tapi bab berangan ni aku terrer sikit dari mat jenin... jadi setakat nak gambarkan tahun 2000 tu tak susah mana... perkara pertama yang aku terpikir masa tuu, tahun 2000 kereta dah boleh terbang... baik punya idea, bebas traffic jam... aku pun lukis laa idea aku sehebat yang boleh... gambaran kat jalanraya malaysia ni tahun 2000, kereta bersimpang siur kat udara, bawah pulak ada monorel dengan rupa hebat yang dah takde iklan hotlink bertampal, lepas tu tempat jalan kaki pun dah gerak sendiri, naik je jalan... punya laa pemalas nak berjalan org zaman tuu... ada sekali tuu aku kerling org sebelah, aku tgk dia lukis nasik kat atas meja...

"apahal ko lukis gamba nasik, takde beza pon dengan skrg..." aku tanya sambil memandang hina budak tuu...

"ceh, sape lukis nasik, ni pil nasik, makan 2 bijik sehari dah kenyang..." dia jawab sambil memandang double hina kat aku...

....
...
..
.

tahun 2011 ni, org masih makan nasik mcm biasa... eskalator pejalan kaki pon jauh lagi dari jangkauan... kereta terbang lagi laa, tak nampak bayang langsung... yang makin selalu nampak skrg org terbang, terutama kalau pegi bangunan sprm...:-)


kalau aku lukih kereta rupa ini masa kelas seni tuu, msti aku dah dapat A++++...

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

No comments:

Post a Comment