Wednesday, April 20, 2011

nasi lemak vs nuklear...

masa kecik2 dulu aku suka makan nasik lemak... malah kalu kena caranya, sampai skrg pun aku masih penggemar nasik lemak... betul, dari dulu aku dah dengar org cakap, nasik lemak ni tak berapa bagus utk kesihatan... tapi aku tetap makan dan setakat ni aku masih ok...

mungkin kerana nasik lemak ni berbahaya, maka baru2 ni pihak bijak pandai telah melarang kantin sekolah dari jual menda ni... yang jadi lagi best tu sbb berkuatkuasa serta merta, nak elak obesiti kata dorang... kesian pulak org kantin... ye laa, mana laa tahu dorg beli stok ikan bilis banyak ke... stok cili kering banyak ke... tak sempat dorang nak prepare... kalau cakap awal2, merasa jugak budak2 makan nasik lemak bilis banyak kan sbb bak abih kan stok... maka mulai skrg anak2 sekolah tak boleh laa lagi makan nasi lemak kat kantin skolah...

aku setuju atau tidak..?? itu tak penting... tapi aku sangat hairan, tak sangka pulak nasi lemak ni lagi bahaya dari najis nuklear... itu pasal kat gebeng dorang buat nuklear plant, tak mendatangkan bahaya kata dorang... takpe, nuklear ok... yang tak ok nasi lemak...:-)

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

No comments:

Post a Comment