Thursday, April 28, 2011

kita rela ditipu...

kita selalu terdengar atau terbaca kisah2 penipuan... banyak juga yang dijadikan bahan drama atau filem... dan kadang2 kita jadi sangat marah apabila yangmenjadi mangsa tipu adalah kita sendiri...

aku pernah terbaca dalam paper yang mana seorang isteri mengamuk sakan bila tahu suaminya berkahwin lagi satu... dalan hal ini, bukan lah soal kawin lebih yang saya mahu sentuh, tapi kita dapat lihat betapa marahnya si isteri apabila di tipu...

aku juga pernah terbaca kemarahan org ramai apabila skim yang mereka sertai tidak membuahkan hasil... malah wang yang mereka laburkan juga lesap... orang yang menjanjikan kekayaan kepada mereka lesap entah ke mana... mungkin sedang bergembira dengan wang hasil penipuan mereka...

dalam satu kes yang lain, aku terbaca kisah seorang peniaga yang telah ditipu oleh rakan niaganya... katanya dia telah melaburkan berpuluh ribu, tapi akhirnya rakan niaganya hilang entah ke mana... kalau tidak hilang pun, duit yang dilaburkan itu sudah ke mana perginya... kita selalu juga terbaca kisah2 sebegini di kalangan artis...

sebenarnya ramai di antara kita yang mengaku sebagai cerdik pandai... malah kit amenjadi sangat marah kalau kita di gelar bodoh... seperti org gila, orang bodoh juga marah kalau di kata bodoh... tapi hakikat yang sebenarnya ialah setiap hari kita merelakan diri kita ditipu...

kita selalu malihat cara untuk menjadikan rambut cantik di tv... bagaimana setelah menggunakan syampu2 tertentu rambut kita akan menjadi sangat terurus, panjang dan bersinar2... maka kita tersenyum dengan idea untuk membeli syampu itu keesokan harinya... kita juga selalu melihat bagaimana sabun dapat membasuh baju sehingga bersinar2... malah warnanya akan menjadi lebih terang jika dibandingkan dengan baju baru... hal yang sama boleh kita lihat pada ubat gigi, pencuci muka dan sebagainya...

kita selalunya menjadi sangat terpengaruh setelah melihat iklan di tv... dan apabila sudah menggunakannya, kita tertunggu2 apakah hasilnya sama seperti di tv... dan apabila tidak, kita menjadi sangat hampa, tetapi jarang pula kita menjadi marah yang teramat... akhirnya kita biarkan saja, dan kalau kita tidak berpuas hati, kita tidak lagi akan membeli barang tersebut...

nahh, benar bukan... kita sentiasa membiarkan diri kita di tipu... sama juga apabila kita mendengar kerajaan memberi jaminan tidak akan menaikkan harga minyak... kita sentiasa mahu percaya akan hal itu, tetapi kita tidak sedar, semenjak setahun yang lepas harga sudah naik berkali2... kita juga selalu ditipu untuk percaya bahawa kerajaan sentiasa memantau harga barangan, terutamanya barang keperluan... tapi sedar atau tidak, harga barang sentiasa mencanak naik, kadangkala tanpa kita sedar pun bila... dan ramai antara kita yang masih belum sedar, walaupun harga barang masih sama, kuantiti isinya sudah berkurangan... perhatikan isi kandungan pada setiap bungkusan yang kamu beli, pasti kamu berjumpa dengan apa yang aku katakan...

hakikatnya, samada kitamah percaya atau tisak, kita sentiasa hidup salam penipuan... kita di tipu, dan kebanyakan darinya kita memang merelakan diri kita ditipu... dan hal ini akan berterusan sehinggalah kita menutup mata...:-)

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

No comments:

Post a Comment