Sunday, April 17, 2011

nostalgia 97' - sebuah bilik...

kali pertama keluar daripada terengganu, ini lah tempat tuju aku... sebuah bilik yang terletak di kolej tun hussein onn, di sebuah universiti bernama universiti teknologi malaysia di dalam negeri johor... humang aiii, panjang sungguh...

aku mendaftar secara yang sungguh koboi... dengan mak dan arwah ayah aku tak ikut, yang ada kakak dgn abang aku je... dengan muka yang hitam legam sbb baru berenti keje petronas paloh, dengan pakai baju t shirt yang amat besar masa tu, siap masuk dalam lagi, dengan rambut panjang tumbuh tak tentu hala dan macam2 lagi... segala macam menda tu menjadikan gambar untuk kad matrik aku sempurna huduh...

mendaftar dengan berbekalkan semangat dan jugak baldi serta hanger baru, aku ikut je ape yang org lain buat... sudahnya aku tercampak kat bilik ni, blok L30 bilik 211, betul2 depan tandas... nasib takde kes air toilet melimpah... rumate aku pulak org sabah, mendaftar lambat 2 minggu... kapal terbang dia abihh minyak, terpakda dorg pakai dayung je, tu yang lambat... lepas tu 1st time sampai duk cakap sabah dengan member dia, aku ingat org asli mana laa... aku try jugak intai2 sumpit dalam almari, tapi takde...

hari pertama aku kat sini, malam time balik dari minggu suaikenal yang tak brape sesuai, aku dah sesat dah... tak hero langsung, cari bilik sndiri pun tak jumpa... terpaksa aku berjalan jauh, sambil bersiul2 konon2 tgh bersiar2 laa... takkan nak tanya org kat mana blok sndiri, nampak sgt laa komannya... nasib baik jumpa, lps2 dari tu landmark dia pokok besar depan blok...:-)

setahun duk kat situ, banyak hal jgk yang jadi kenangan... tersimpan la dalam pale otak ni selagi aku tak nyanyuk... macam2 org, macam2 ragam yang jumpa... semuanya jadi panduan utk hidup lepas tu... dan di sini laa bertambahnya kawan2 selain dari kawan skolah...

genap setahun aku pindah duk umah sewa... apa barang duk kolej, tak bujang langsung...:-)

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

No comments:

Post a Comment